Thursday, November 26, 2009

Korban Perasaan.

Adha kali ini amat sunyi.
Tiada apa yang dapat kukorbankan.


Maaf pada perasaan.
Maaf kerana tika-tika indah telah kukorbankan.
Maaf kerana perasaan yang lahir ini telah kukorbankan.
Maaf kerana menyembelih sebuah perasaan tanpa kerelaan.
Dan darah yang mengalir itu.. merah basah dan aku amat bersalah.

Perasaan yang dikorbankan itu tiada cacat celanya.
Indah dan sempurna.
Maaf.. hari ini ada perasaan-perasaan yang terpaksa dikorbankan.
Perasaan hang indah dan sempurna.
Perasaan yang lahir dari jiwa.
Perasaan yang bermata, bertelinga dan mempunyai rasa.
Berkorbanlah kita demi sebuah kehidupan.
Perasaan yang dikorbankan ini akan menanti kita untuk dikenderai.
Dikenderai oleh kita untuk dihitung dosa pahala.

Maaf..


Kamalia mencatatkan perasaannya.
2.34 petang.
Sunway,
27 November 2009

Perumpamaan

Bagai melepaskan batuk di tangga.
Maksud-melakukan sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh.

Bagai melukut di tepi gantang.
Maksud-Tidak dipedulikan oleh masyarakat.

Bagai mencari belalang di atas tikar.
Maksud- Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil.

Bagai pinang laga.
Maksud- Percakapan yang tidak habis-habis.

Bagai rambut dibelah tujuh.
Maksud-Sesuatu yang terlalu sikit atau kecil.

Bagai si buta kehilangan tongkat.
Maksud- Berada dalam kesukaran kerana hilang tempat bergantung.

Bagai tikus membaiki labu.
Maksud-Merosakkan lagi barang yang dibaiki.

Bagai wau putus tali.
Maksud-Putus harapan dan berserah kepada takdir.

Perumpamaan

Bagai dakwat dengan kertas.
Maksud- Hubungan persahabatan yang erat.

Bagai denai gajah berlalu.
Maksud-Kerosakan yang besar hingga sukar disembunyikan.

Bagai duri dalam daging.
Maksud-Sesuatu yang amat tidak menyenangkan.

Bagai geluk tinggal di air.
Maksud-Hidup dalam kedaifan dan hanya berharap pada bantuan.

Bagai gembala diberi keris.
Maksud-Pemberian yang tidak membawa apa-apa makna.

Bagai harimau beranak muda.
Maksud-sangat garang, bengis dan sombong.

Bagai haruan makan anak.
Maksud-Bapa yang memperkosa anak sendiri.

Bagai hempedu lekat di hati.
Maksud-Perhubungan yang sukar untuk dipisahkan.

Bagai itik pulang petang.
Maksud-Jalan dengan lambat sambil melenggang.

Bagai kain tiga hasta.
Maksud- Hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan.

Bagai kambing dalam biduk.
Maksud-Hidup dalam ketakutan.

Bagai kambing diseret ke air.
Maksud-Malas melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh.

Bagai kelip-kelip terbang malam.
Maksud- Rahsia yang telah terbongkar.

Bagai kerakap tumbuh di batu.
Maksud-Kehidupan yang miskin dan melarat.

Bagai kucing kehilangan anak.
Maksud-Hilang akal atau kebingungan.

Bagai kumbang putus tali.
Maksud- Sangat patas lari atau jalannya.

Bagai limau masam sebelah.
Maksud- Pertimbangan yang tidak adil.

Bagai lintah dipotong ekor.
Maksud-Melakukan pekerjaan dengan pantas.

Perumpamaan

Bagai berumah di tepi pantai
Maksud-Selalu bimbang dan cemas.

Bagai berseru di padang pasir.
Maksud- Seruan yang tidak diambil peduli.

Bagai bertepuk sebelah tangan.
Maksud- Sesuatu yang tidak menjadi kenyataan tanpa persetujuan pihak yang lain.

Bagai bulan dipagari bintang.
Maksud- Kecantikan seseorang akan menyerlah ketika dikelilingi oleh rupawan.

Bagai bulan jatuh ke riba.
Maksud-Mendapat sesuatu yang tidak diduga.

Bagai bulan purnama penuh.
Maksud- Gadis yang sangat cantik.

Bagai buntal kembung.
Maksud- Bodoh dan sombong.

Bagai bunyi cempedak jatuh.
Maksud- Bunyi jatuh yang sangat kuat.

Bagai bunyi siamang kenyang
Maksud-banyak bercakap kerana mendapat kesenangan.

Perumpamaan


Perumpamaan ditanda dengan kata bagai. Perkataan yang digunakan berkait rapat dengan ciri-ciri dan sifat-sifat alam semulajadi. Ciri-ciri asal flora dan fauna yang diperhati oleh masyarakat terdahulu dijadikan perumpamaan dengan sikap dan keadaan hidup masyarakat melayu. Indah sungguh pemerhatian orang-orang terdahulu.


Bagai abu di atas tunggul

maksud- Kedudukan seseorang yang tidaak tetap atau tidak terjamin.


Bagai aur di daun keladi

maksud- Tidak tetap pendirian.


Bagai air mencari jenisnya.

maksud- Gigih mencari ilmu.


Bagai air titik ke batu.

Maksud- Susah memberi nasihat kepada orang yang degil.


Bagai anjing berebut tulang.

Maksud- Tamak dan ingin berebut harta.


Bagai anjing buruk kepala.

Maksud-Penghinaa terhadap seseorang yang keburukkannya diketahui walau ke mana pun dia pergi.


Bagai anjing menyalak di ekor gajah.

Maksudnya- Yang lemah hendak melawan yang berkuasa.


Bagai anjing yang tersepit di pagar.

Maksudnya- Serba salah apabila ditimpa kesusahan.


Bagai aur di atas bukit.

Maksud- Menyerahkan diri kepada nasib.


Bagai aur dengan tebing.

maksud- saling membantu.


Bagai ayam dibawa ke kepuk.

Maksud- Memperoleh rezeki yang banyak.


Bagai ayam disambar helang.

Maksud- Hilang/ Mati secara tiba-tiba


Bagai ayam mengeram telur.

Maksud- Merah muka seseorang.


Bagai balak terendam.

Maksud- Keadaan orang yang gemuk dan pemalas.


Bagai belut diketil ekor.

Maksud- Pantas melarikan diri

Pendahuluan

Blog peribahasa ini dibina dengan tujuan menjadi sumber rujukan kepada para pelajar dan mereka yang berminat.

Diharapkan peribahasa-peribahasa yang dikumpul dapat menjadi rujukan. Peribahasa ini diambil daripada buku-buku rujukan yang ada di pasaran.

Selamat menimba ilmu!